MINI CAREER CURIOUS @ MRSM PASIR SALAK

16 November 2015, Isnin, MRSM Pasir Salak

Batch 74 dan Batch 80 telah bergabung untuk berkongsi pengalaman kerjaya dengan pelajar-pelajar tingkatan 3 di MRSM Pasir Salak.  Perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan dan membuka mata mereka kepada maklumat kerjaya yang ada, menanti mereka kelak.  Sedikit sebanyak memberi keyakinan dan tumpuan untuk memilih bidang untuk diceburi lebih-lebih lagi semasa melangkah ke tingkatan 4 nanti.

MRSM Pasir Salak, melalui Bro Mohd Taib Mohd Said (Batch 74) telah memberi kesempatan kepada rakan-rakan seperjuangan beliau daripada Batch 74 dan adik-adik Batch 80 untuk mencari dan mengumpulkan pakar-pakar di dalam beberapa bidang termasuklah Engineering, Architecture, Marine, Culinary, Sales, Human Resources dan Accounting & Finance.

Peluang untuk berkumpul dan berkongsi pengalaman di MRSM Pasir Salak juga diguna untuk mengukuhkan lagi ukhwah antara Brothers dan Sisters ANSARA Seremban.

group 74 n 80Gabungan mantap Batch 74 dan Batch 80

74 with form 3Batch 74 bergambar kenangan bersama Penasihat Career Curious, Tuan Haji Abd Majid Ghani (duduk dua dari kiri)

with form 3Bergambar bersama semua pelajar tingkatan 3

IMG_1681[1]
IMG_1663[1]Prof Dr Salim sedang berkongsi pengalaman.

 

Team CAREER CURIOUS akan kembali ke MRSM Pasir Salak pada hujung minggu pertama bulan Mac 2016 untuk memberi pendedahan dan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5.  Sekiranya berminat untuk bersama, sila hubungi Puan Aziah Yunus, Pengarah Fakulti CAREER CURIOUS di talian 013-3566561.

 

About ansaraseremban
Alumni MRSM Seremban MRSM Seremban ditubuhkan tahun 1972. Ansara Seremban mempunyai 1800 ahli. Kini bernaung di bawah ANSARA dan bergerak sebagai cabang dikenali dengan ANSARA Seremban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: