CERITA @ CEKAL 2014

Mohd Aris, bukan seorang ahli perniagaan.

abg arisMohd Aris bersama rakan-rakan.

“Saya hanya makan gaji,” ceritanya. “Kami sudah tua…mungkin dah lambat nak mula berniaga. Tetapi saya mahu melihat generasi lebih muda jadi usahawan, rebut peluang yang ada dan jadi lebih berjaya. Ini yang mampu kami (merujuk kepada beliau dan beberapa rakan seusia yang ada bersama ketika itu) lakukan untuk CEKAL 2014,” sambungnya.

Mengotakan kata dan memenuhi hasratnya, Mohd Aris, kelihatan amat sibuk pada 12 dan 13 April lalu. Dengan walkie-talkie yang tak lekang di tangan, seketika Mohd Aris sibuk di dalam dewan Pusat Pameran & Konvensyen MATRADE, sesekali bergegas ke bilik sekretariat, semata-mata bagi memastikan CEKAL 2014, simposium keusahawanan yang dianjurkan Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA Seremban (ANSARA Seremban) berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya – melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dalam kalangan bekas pelajar MRSM dari seluruh negara.
Lebih 300 bekas pelajar MRSM dari seluruh negara memenuhi dewan sepanjang dua hari simposium berlangsung. Banyak ilmu dikutip dan dikongsi peserta bersama wakil pelbagai agensi kerajaan dan swasta mengenai peluang perniagaan serta pembiayaan yang disediakan.

participantsPeserta CEKAL 2014 yang sedang mengikuti simposium di Dewan MATRADE.

“Saya sudah tahu mengenai peluang perniagaan atau pembiayaan yang ada dan bagaimana cara untuk memohon bantuan pun. Apa yang saya nak dengar pada simposium ini ialah wakil agensi ini berkata…”saya ada duit nak beri kepada ahli perniagaan sekarang juga”. Tetapi tak ada pula yang berkata begitu,” kata Fuad, seorang peserta.
Itu hasrat Fuad dan mungkin, itu juga harapan semua usahawan atau bakal usahawan yang ada dalam dewan sepanjang dua hari itu.
Hakikatnya, pembiayaan tak semudah itu, begitu juga berniaga bukan perkara yang senang dilakukan. Bukan semua mampu bergelar usahawan, tidak semua berani memulakan perniagaan. Banyak cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi, persaingan yang harus ditempuhi.
“Saya seronok mendengar cerita,pengalaman ahli perniagaan dalam kalangan anak MARA ini bagaimana mereka memulakan perniagaan, susah senang yang mereka lalui, bagaimana mereka mendapat pembiayaan, tangani rintangan. Ini yang menariknya mengenai CEKAL 2014. CEKAL 2014 memberi banyak ilmu kepada peserta, realiti yang dihadapi atau bakal ditempuhi mereka yang bergelar usahawan,” sambung Fuad.
Tahniah buat tenaga kerja, Presiden ANSARA Seremban, Zainal Hisham Yusuf dan ahli jawatankuasa CEKAL 2014. Tanpa usaha keras dan kecekalan mereka, CEKAL 2014 tidak mungkin akan berlangsung dengan jayanya.
Berapa banyak perniagaan anak MARA yang akan bertambah maju? Berapa banyak pembiayaan/pinjaman yang bakal diterima usahawan ini? Ke peringkat mana akan mereka terokai? Berapa ramai usahawan baru dalam kalangan anak MARA yang akan lahir?
Semua persoalan itu masih menanti jawapan. Seperkara yang pasti, CEKAL 2014 sudah memulakan langkah dan pelancaran ANSARA Business Community (Komuniti Perniagaan ANSARA) mengukuhkan tapak. Hasrat Mohd Aris melihat ‘adik-adik’nya bergelar usahawan, insya-Allah akan menjadi kenyataan.

abc launchANSARA Business Community telah dilancarkan oleh YBhg Dato’ Ibrahim bin Muhammad, Ketua Pengarah MARA pada penghujung sesi CEKAL 2014, Ahad, 13 April 2014.

 

Dengan lebih 200,000 bekas pelajar, merangkumi lebih 50 MRSM di seluruh negara, fikirkan kekuatan yang dimiliki anak MARA.  Bersama-sama kita membina legasi.

Think of our strength in numbers.   Together Building Legacies!

 

Salina Abdullah
Communications Homeroom

CEKAL LOGO

About ansaraseremban
Alumni MRSM Seremban MRSM Seremban ditubuhkan tahun 1972. Ansara Seremban mempunyai 1800 ahli. Kini bernaung di bawah ANSARA dan bergerak sebagai cabang dikenali dengan ANSARA Seremban.

One Response to CERITA @ CEKAL 2014

  1. ridzuwan says:

    such a noble intent. bravo yall.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: