Ucapan Selamat Hari Raya Dari Presiden Ansara Seremban

Presiden Ansara Seremban

Kepada warga Alumni Ansara Seremban yang dihormati,

Assalamualaikum wrt

Kita kini berada di penghujung Ramadan yang Mubarak dan dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Datangnya Syawal, umat Islam bergembira kerana berjaya menunaikan ibadah puasa dengan penuh taat.

Marilah sama-sama kita berdoa agar Hari Raya kali ini kita semua dikurniakan keberkatan dari Allah swt.  Semoga kita semua dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kita, agar dapat kita menambahkan azam dan iltizam untuk melihat masa depan yang lebih cemerlang untuk Alumni yang kita banggakan ini.

Bagi yang membuat  persiapan untuk pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya di samping keluarga yang tercinta, pastikan mendapat rehat yang cukup dan kenderaan sudah diperiksa dan selamat digunakan.  Pandu cermat, jiwa selamat.

Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan zahir dan batin daripada semua Alumni Ansara Seremban.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H.

Daripada

Zainal Hisham b Yusuf
Presiden
Ansara Seremban

About ansaraseremban
Alumni MRSM Seremban MRSM Seremban ditubuhkan tahun 1972. Ansara Seremban mempunyai 1800 ahli. Kini bernaung di bawah ANSARA dan bergerak sebagai cabang dikenali dengan ANSARA Seremban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: