TERATAK BONDA (MRSM SEREMBAN)

Oleh Md. Share Abd. Ghani

Academic Bldg

Seketika dalam renungan
lama waktu ditinggalkan
saat di bangku persekolahan
di Maktab Rendah Sains MARA Seremban

Ini kisah kami titipkan
kisah gedung ilmu yang kini tinggal kenangan
empat bumbung kediaman
dua mahligai kuliah
dalam dua lingkungan tesergam indah
satu khutub
enam gelanggang permainan
satu pondok pojok ilham
kesemuanya berpaksikan dewan makan

Seperdua dekad dalam kandungan
akhirnya kami diputrakan, diputerikan
Sebagai calon para graduan
bertembunikan harapan
dan berketubankan impian

Putra puteri MRSM Seremban
Tiga seragam
satu teras tekunan
dan Cuma satu iltizam
kami buru kejayaan
menjunjung angan dan azam
akan menjadi tokoh kebanggaan

Di sana ilmu se dusun
Bebunganya mekar setaman
Dan buahnya ranum bersusun
petani-petaninya berdisiplin dan tekun
yang bijak-pandai, pintar-bestari cukup dipimpin
yang cicir-tertinggal, keliru-alpa rapat dituntun
setelah berjalan jatuh
langkah kita utuh dan semakin jauh

MRSM Seremban mengeluh
hayatnya dilamar geruh
dan hati kita turut rusuh
teratak bonda akhirnya berlabuh
selepas sekian lama tertangguh

Kisah teratak bonda kami perikan
sebagai lipur tatkala merindukan
Green Lane – Jalan Aminuddin Baki tetap dalam ingatan
lilin keempat puluh bersama kita nyalakan

hari ini
lewat 4 dasawarsa
kita berhimpun kembali
memahatkan memori
pernah di suatu ketika
bangun di suatu pagi
di bawah bumbung yang sama
teratak tempat mengaji
Maktab Rendah Sains MARA
M. J. S. C.

Dengan semangat kekitaan
sulung dan bongsu satu barisan
se ikrar lagu kita senandungkan
bait-bait sebati terukir dalam sanubari
tidak akan pernah luput
malahakan kekal dan abadi

salam ulang tahun M R S M

About ansaraseremban
Alumni MRSM Seremban MRSM Seremban ditubuhkan tahun 1972. Ansara Seremban mempunyai 1800 ahli. Kini bernaung di bawah ANSARA dan bergerak sebagai cabang dikenali dengan ANSARA Seremban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: