Memori Nasi Kawah

memori nasi kawah
oleh Md Share Abd Ghani
pada pada 24hb Februari 2011 pukul 5.22 petang.
written for batch 81 reunion… 


memori nasi kawah
semua dalam satu kisah
suatu kisah nan indah
sayang semuanya berlalu sudah

memori nasi kawah
malunya masih dapat dirasa
dan senyumnya pula kepangkal telinga
tatkala diri bertentangan mata
saat berbaris mananti gilirannya

memori nasi kawah
usik mengusik pelbagai helah
sambil kita menikmati juadah
tegur nasihat tentulah sudah
almaklumlah masih anak sekolah

memori nasi kawah
paginya roti tengahari ada buah
menunya begitu dan jarang berubah
sehingga kami hafallah sudah
apa disaji semuanya dikunyah!

memori nasi kawah
kata makcik dapur : satu je dik lauk jangan tambah!
kawanku yang nakal, ambil dua lantas lauknya diludah
terkedu makcik dapur dan kawan yang duduk sebelah
rasa geli di hati serta loya hendak termuntah

memori nasi kawah
tak kira masin manis atau masakannya yang mentah
tak perlu keluhan dan semuanya kami ratah
tetapi kini segalanya telah berubah
bergaji tinggi tapi menunya banyak telah ditegah

memori nasi kawah
banyak kisah yang indah…
ada yang telah arwah…
warna rambutpun telah ikut berubah
yang dulunya nakal, kini sudah menyarung kopiah
yang dulunya gedik, sudahpun bergelar hajjah
manakan tidak, tigapuluh tahun berlalu sudah!

Terima kasih Md. Share kerana berkongsi madah ini bersama kami. 

View Dining Hall

Dewan Makan Kolej MARA Seremban dalam tahun 2012

Visit Md. Share’s blog of published Sajak at the links under “Blogs I Follow” on the right. or just click here

About ansaraseremban
Alumni MRSM Seremban MRSM Seremban ditubuhkan tahun 1972. Ansara Seremban mempunyai 1800 ahli. Kini bernaung di bawah ANSARA dan bergerak sebagai cabang dikenali dengan ANSARA Seremban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: