KEMPEN DERMA DARAH PRA RAMADAN 2012 SUKSES! 8,651 PINT DARAH BERJAYA DIKUMPULKAN.

kempen derma darah 2012

Laporan akhir Kempen Derma Darah Pra-Ramadan telah dilengkapkan oleh Dr. Mohd. Halim bin Abu Bakar (ANSARA Seremban 72) sedikit masa dahulu. Kami rasa elok kami kongsikan pencapaian yang dicapai Kempen tahun ini bersama-sama sahabat ANSARA  Seremban. Kempen Derma Darah Pra-Ramadan tahun ini merupakan edisi ke-6 dijalankan oleh ANSARA, gabungan alumni Maktab-Maktab Rendah Sains MARA.

Untuk kali ini, kempen membawa tagline  ‘1Darah  1Malaysia’ …from all Malaysians …for all Malaysians. Kempen tahun ini dijalankan sebagai salah tahun upacara meraikan 40 Tahun penubuhan MRSM.

Kempen 2012  dijalankan pada hari Sabtu 14hb. Julai dan juga pada hari Ahad, 15 Julai, melibatkan lokasi-lokasi di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Melaka, Seremban, Klang, Ipoh.  Penang,  Alor Setar, Kangar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.

Kempen tahun ini melibatkan penyertaan dari ANSARA sebagai penganjur dengan sokongan dan bantuan AEON Co. (M) Bhd, Pusat Darah Negara dan juga Pusat Perubatan UiTM. Turut menyertai kempen tahun ini adalah Persatuan Bekas Pelajar SMS Tuanku Syed Putra, Kangar (Asputra), Penang Development Corporation,  Sathya Sai Baba, Taman Tamadun Islam, Pelabuhan Tanjong Pelepas,  St. Michael’s Institution Old Boys dan KIP Mart di Johor.

Bagi tahun 2012, sebanyak 46 lokasi digunakan di seluruh negara. Sebanyak 8,651 pint darah berjaya dikumpulkan dalam kempen tahun ini. Jumlah ini menakjubkan dan di luar jangkaan penganjur. Darah yang dikumpulkan digunakan untuk menambah simpanan darah di Tabung Darah. Biasanya, simpanan darah berkurangan pada bulan Ramadan kerana ramai penderma Islam tidak menderma darah dalam bulan tersebut, sedangkan penggunaan darah dan produk-produk darah bertambah, khususnya pada hari-hari sebelum dan selepas Aidilfitri kerana peningkatan bilangan kemalangan jalan raya dan kemalangan-kemalangan lain. Sedangkan ketika inilah simpanan darah dan produk darah berada pada tahap paling rendah.

Semenjak Kempen ini dimulakan, darah yang berjaya dikumpulkan adalah seperti berikut :

Tahun

Jumlah
 Dikumpulkan (pint)

Bilangan Lokasi

2007

2,160

13

2008

4,138

27

2009

6.357

36

2010

9,089

38

2011

7,579

41

2012

8,651

46

Pada tahun 2012, warga ANSARA Seremban sekali lagi memainkan peranan unggul dalam mengendalikan sebilangan lokasi. Di Kuala Lumpur, warga ANSARA Seremban Zailina Ahmad Jailani (Mimie Batch 80) mengetuai kumpulan petugas di AEON Jusco Metro Prima Kepong.

 

kempen derma darah 2012 5

 

Di Johor Bahru, orang kuat Kempen Derma Darah ANSARA seperti Mohd. Azman Che Soh (Batch 72), Lokman Dasuki (Batch 72), Zakaria Abdul Rahman (Batch 72),  Zuwailiah Jamaluddin (Batch 73) dan Jaafar Abu Bakar (Batch 73) Ramlee Omar dan Dr Siti Juariah (Batch 80) tidak kurang hebatnya tahun ini.

Di Seremban. Kempen ini memang menjadi kelaziman Dr Miszua Anuar yang telah menyertai dan menjadi kordinator sejak kempen ini dimulakan dalam tahun 2007. Beliau dibantu oleh warga ANSARA Seremban yang tinggal di sekitar Seremban.

Di Pulau Pinang, kempen tahun ini sekali lagi disokong dan diterajui oleh Dato’ Rosli Jaafar, Pengarah Urusan Penang Development Corporation (PDC)

Di Kuala Terengganu, kepimpinan dan seliaan YM Engku Azmi Engku Rahman (Batch 72) selaku Pengarah Urusan Taman Tamadun Islam (TTI) sekali lagi menjayakan Kempen di Terengganu.

Sebagai rumusan, kempen derma Darah Pra Ramadan 2012 untuk lokasi-lokasi di bawah seliaan warga ANSARA Seremban adalah :

Lokasi

Penyelia

Jumlah dikumpulkan (Pint)

AEON Jusco Metro Prima, Kepong, KL

Zailina Ahmad Jailani

254

AEON Jusco Permas Jaya, JB

Mohd. Azman Che Soh

109

Pelabuhan Tanjong Pelepas, JB

Zakaria Abdul Rahman

132

KIP Mart Masai, JB

Zuwailiah Jamaludin

50

KIP Mart Kota Tinggi, Johor

Mohd. Azman Che Soh

104

KIP Mart Segamat , Johor

Dr, Siti Juariah

24

Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor

Dr, Siti Juariah

113

AEON Jusco Seremban 2

Dr, Miszua Anuar

167

Concourse Tingkat 3, KOMTAR,
Georgetown, Pulau Pinang

Dato’ Rosli Jaafar (PDC)
Kordinator : Dahlan Ismail

186

AEON Jusco Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Prai

 

Dato’ Rosli Jaafar (PDC)
Kordinator : Mohd Azhar Hamdan

299

Taman Tamadun
Islam, Kuala Terengganu

Engku Mohd. Azmi
Kordinator : Tun Ahmad Faisal

100

Keseluruhan 46 lokasi

Pelbagai

8,651

 

kempen derma darah 2012 3

 

As members of the ANSARA Seremban family, we share their success and laud them for what they have achieved. ANSARA Seremban hopes to again participate in the next edition of the Kempen Derma Darah Pra Ramadan in 2013. We hope that many more ANSARA Seremban members would come forward and give assistance and manage more venues identified for the campaign in 2013, and in the years to come.

Logo Design by FlamingText.com

About ansaraseremban
Alumni MRSM Seremban MRSM Seremban ditubuhkan tahun 1972. Ansara Seremban mempunyai 1800 ahli. Kini bernaung di bawah ANSARA dan bergerak sebagai cabang dikenali dengan ANSARA Seremban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: