Majlis Iftar ANSARA Seremban ’81 Di Rumah Kebajikan NurSyaheera

By : Raja Lailatul Azura binti Raja Kamalzaman Setiausaha ANSARA Seremban ’81

Sehari selepas Majlis Iftar ANSARA Seremban 2012 bertempat di Bukit Jalil Golf & Country Club berlangsung, sekumpulan lagi warga ANSARA Seremban sahut menabur bakti kepada masyarakat.

Pada 29 Julai 2012, ANSARA Seremban ’81 mengadakan Majlis Iftar bersama-sama anak-anak yatim di Rumah Bakti NurSyaheera di No. 23, Jalan Jaya Baru 3, Taman Jaya Baru, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis sambutan ifftar bulan Ramadhan pada tahun ini telah diadakan di Rumah Bakti Nur Syaheera, Taman Jaya Baru, Cheras dengan dihadiri oleh seramai 30 org anak-anak yatim (17 lelaki dan 13 perempuan) dimana 2 orang daripada mereka adalah anak yatim piatu. Bersama pada Majlis ini juga adalah Puan Hasnidar Hamdan, bekas guru MRSM Seremban, dan Tuan Haji Johari, pengasas dan pengetua Rumah Bakti Nur Syaheera serta anak-anak beliau yang mengendalikan rumah bakti tersebut.

Dengan hadirin di kalangan bekas pelajar-pelajar MRSM bersama ahli keluarga mereka, Majlis ifftar ini dimeriahkan juga dengan sumbangan sebanyak RM11,350.00 dan diberikan kepada Pengetua Rumah Bakti Nursyaheera untuk kegunaan kegiatan dan pembelian barangan keperluan.

Di samping itu juga, sumbangan peribadi telah diberikan kepada anak-anak yatim sebagai duit Hari Raya kepada mereka sebelum Majlis Berbuka puasa bermula.

Setelah azan maghrib berkumandang dan menyempurnakan tuntutan berpuasa, solat Maghrib disempurnakan dengan diimamkan oleh Ustaz Iman dari Rumah Tahfiz Batu 9, Cheras bersama 6 anak-anak tahfiz dan anak-anak yatim serta dimakmumkan oleh kalangan hadirin yang hadir pada Majlis itu.

Selepas solat Maghrib, kemeriahan bermula dengan hidangandan juadah yang menyelerakan, dibawa dan disediakan oleh mereka bersama Pengetua Rumah Nur Syaheera dan anak-anak yatim serta dipenuhi dengan keriuhan telatah-telatah hadirin yang hadir pada Majlis tersebut.

Pada pukul 9.00 malam, azan Isyak berkumandang di perkarangan Rumah Nur Syaheera dan disusuli dengan solat tarawih, tazkirah dan solat witir.

Jamuan moreh pada malam tersebut disajikan dengan nyanyian lagu-lagu dakwah dan nasyid oleh anak-anak yatim kepada hadirin dan hadirat dengan kuih muih yang enak.

Sebelum bersurai pada pukul 11 malam, satu sesi bergambar bersama anak-anak yatim Nur Syaheera untuk kenangan yang terindah bagi sambutan Ramadhan pada tahun ini.

Note : Rumah Kebajikan NurSyaheera is  operated by Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera, a private charity registered with Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. The charity currently hosts over 30 orphans and underprivileged children. Contributions are always welcomed.

For further information contact Johari Hj Basri, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur Tel : 012 292 2542 or 603 9100 4074.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA, KUALA LUMPUR No. Pendaftaran  : 1379-09-WKL
Bank Malayan Banking Berhad (Maybank) No. Akaun 564856111166 (Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur)

… and to parents do good, and to relatives, orphans, the needy, the near neighbour, the neighbour farther away, the companion at your side, the traveller, and those whom your right hands possess. (4:36)

About ansaraseremban
Alumni MRSM Seremban MRSM Seremban ditubuhkan tahun 1972. Ansara Seremban mempunyai 1800 ahli. Kini bernaung di bawah ANSARA dan bergerak sebagai cabang dikenali dengan ANSARA Seremban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: