Majlis Iftar ANSARA Seremban ’81 Di Rumah Kebajikan NurSyaheera

By : Raja Lailatul Azura binti Raja Kamalzaman Setiausaha ANSARA Seremban ’81

Sehari selepas Majlis Iftar ANSARA Seremban 2012 bertempat di Bukit Jalil Golf & Country Club berlangsung, sekumpulan lagi warga ANSARA Seremban sahut menabur bakti kepada masyarakat.

Pada 29 Julai 2012, ANSARA Seremban ’81 mengadakan Majlis Iftar bersama-sama anak-anak yatim di Rumah Bakti NurSyaheera di No. 23, Jalan Jaya Baru 3, Taman Jaya Baru, Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis sambutan ifftar bulan Ramadhan pada tahun ini telah diadakan di Rumah Bakti Nur Syaheera, Taman Jaya Baru, Cheras dengan dihadiri oleh seramai 30 org anak-anak yatim (17 lelaki dan 13 perempuan) dimana 2 orang daripada mereka adalah anak yatim piatu. Bersama pada Majlis ini juga adalah Puan Hasnidar Hamdan, bekas guru MRSM Seremban, dan Tuan Haji Johari, pengasas dan pengetua Rumah Bakti Nur Syaheera serta anak-anak beliau yang mengendalikan rumah bakti tersebut.

Dengan hadirin di kalangan bekas pelajar-pelajar MRSM bersama ahli keluarga mereka, Majlis ifftar ini dimeriahkan juga dengan sumbangan sebanyak RM11,350.00 dan diberikan kepada Pengetua Rumah Bakti Nursyaheera untuk kegunaan kegiatan dan pembelian barangan keperluan.

Di samping itu juga, sumbangan peribadi telah diberikan kepada anak-anak yatim sebagai duit Hari Raya kepada mereka sebelum Majlis Berbuka puasa bermula.

Setelah azan maghrib berkumandang dan menyempurnakan tuntutan berpuasa, solat Maghrib disempurnakan dengan diimamkan oleh Ustaz Iman dari Rumah Tahfiz Batu 9, Cheras bersama 6 anak-anak tahfiz dan anak-anak yatim serta dimakmumkan oleh kalangan hadirin yang hadir pada Majlis itu.

Selepas solat Maghrib, kemeriahan bermula dengan hidangandan juadah yang menyelerakan, dibawa dan disediakan oleh mereka bersama Pengetua Rumah Nur Syaheera dan anak-anak yatim serta dipenuhi dengan keriuhan telatah-telatah hadirin yang hadir pada Majlis tersebut.

Pada pukul 9.00 malam, azan Isyak berkumandang di perkarangan Rumah Nur Syaheera dan disusuli dengan solat tarawih, tazkirah dan solat witir.

Jamuan moreh pada malam tersebut disajikan dengan nyanyian lagu-lagu dakwah dan nasyid oleh anak-anak yatim kepada hadirin dan hadirat dengan kuih muih yang enak.

Sebelum bersurai pada pukul 11 malam, satu sesi bergambar bersama anak-anak yatim Nur Syaheera untuk kenangan yang terindah bagi sambutan Ramadhan pada tahun ini.

Note : Rumah Kebajikan NurSyaheera is  operated by Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera, a private charity registered with Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. The charity currently hosts over 30 orphans and underprivileged children. Contributions are always welcomed.

For further information contact Johari Hj Basri, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur Tel : 012 292 2542 or 603 9100 4074.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA, KUALA LUMPUR No. Pendaftaran  : 1379-09-WKL
Bank Malayan Banking Berhad (Maybank) No. Akaun 564856111166 (Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur)

… and to parents do good, and to relatives, orphans, the needy, the near neighbour, the neighbour farther away, the companion at your side, the traveller, and those whom your right hands possess. (4:36)

MAJLIS IFTAR DAN TARAWIH ANSARA SEREMBAN 2012

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih yang dianjurkan oleh ANSARA Seremban telah berlangsung pada 29 Julai 2012 bertempat di Bukit Jalil Golf and Country Resort (Bukit Jalil GCC). Lebih daripada 30 Alumni MRSM Seremban dan jemputan hadir pada hari berkenaan.

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih kali ini dibuka unruk penyertaan oleh ahli ANSARA Seremban dan tidak dihadkan kepada kumpulan ambilan tertentu sahaja. Majlis Iftar ini adalah salah satu acara bagi menyambut ulangtahun ke 40 penubuhan Maktab Rendah Sains MARA.

The turnout was encouraging. Pada jam 6.30 petang, bilangan hadirin yang sudah hadir hampir 20 orang. Registration was capably done by Brother Mazlan Mahfudz (72) who made sure everyone signed a form and left their contact number while Faizatul Akmar (80) made sure to collect the money for the Iftar. Tidak mahal, hanya RM25.00 seorang. Azmi Hajar was also at the table, mungkin menjadi bodyguard Faizatul, a noble knight in white armour.

Zuhir Ibrahim (72) segak berbaju Melayu Johor. “Bini aku sorok sampin ni, “ he said,  “buat apa nak smart-smart” adu Zuhir. Dr. Zaidi bin Omar (72) yang datang lengkap berbaju Melayu dengan bersampin dan bersongkok, spend the best part of 30 minutes ribbing Zuhir. Kemesraan di antara mereka memang jelas terlihat.

Kehadiran Dr. Salim Abdul Talib memang tidak dapat diendahkan. Di antara Alumni, saya rasa suaranya yang paling kuat. Kalau ada majlis, tak perlu gunakan mic.  Don Pitong masuk bergaya berbaju Melayu lengan pendek. Making a fashion statement.

15 minit sebelum azan, hadirin mula ke hidang buffet untuk mengambil makanan. Starters first… lepas tu Solat Maghrib. Selesai solat, baru makan heavy-heavy. Itu rancangannya.

The food was okay, no different from the buffet spread at a golf club or at a 3 star hotel. Ada rakan-rakan yang mulakan dengan manisan, ada yang terus makan nasi. But the conversation was fast and loud.

Maghrib ditunaikan jam 7.50 malam dengan Dato’ Jamal selaku imam. It was like any other solat jemaah, only this company was special. As with any solat, Dato’ Jamal finished with a short doa.

Selepas Maghrib, hadiran turun semula ke Restoran. Ada yang masih terus menjamu selera, namun sekumpulan lagi hanya berada di ruang legar Clubhouse melepaskan kepulan asap rokok. Atan Dolmat (73) dan Hamdan Adnan (73) rancak membincangkan sesuatu, “.. aku ada banyak idea ni, nak tahu berapa budget aje”. Serius nampaknya Lanun hari ni, must be heavy stuff, as he is unsually the jovial type.

Before 9.00 pm, we proceeded upstairs for our solat Isya, and following that, our Tarawih.

Dato’ Jamal sekali lagi  menjadi imam, sementara Ismail menjadi bilal. What a capable bilal he was. Selepas selepas menjalankan solat Terawih, Dato; Jamal yang mengimamkan solat apda  Majlis pada malam itu telah memimpin hadirin melangsungkan tahlil ringkas untuk rakan-rakan ANSARA Seremban dan juga Guru-guru kita yang telah mendahului perjalanan pulang ke Rahmatullah. Sebak rasa di dada apabila Dato’ Jamal membacakan satu persatu nama-nama arwah yang telah pergi…. tanpa disedari, lebih daripada 40 orang rakan-rakan tidak lagi bersama kita.

Al-Fatihah kita hadiahkan kepada mereka.

Selesai Tahlil, Zuhir cuba mengambil semua microphone daripada Dato’ Jamal, tetapi hampa. Dato’ Jamal dah mula bercakap.. perasaan kembali ke zaman silam, kami sebagai anak murid mendengar ucapan nasihat daripada Pengetua. Saudara Zainal Hisham Yusuf yang sepatutnya memberikan ucapan ringkas selaku Presiden ANSARA Seremban hanya dapat bersenyum ringkas. Kalau Dato’ Jamal berucap panjang, parah juga nanti…mungkin itu yang berlegar di fikirannya.

Dato; Jamal selaku orang tua mengingatkan hadiran supaya berlumba mengejar akhirat di samping berlumba mencari kebahagian dunia. Dato’ Jamal menggunakan psikologi berbalik di mana beliau mengatakan sistem pendidikan di MRSM banyak kepincangan, terlalu menitikberatkan aspek tertentu dan mengabaikan aspek-aspek lain. “Pelajar-pelajar tak jadi orang”, ujar beliau. Kata-kata Dato’ Jamal menimbulkan reaksi daripada Zuhir…. “Dato’, I beg to differ”, diikuti gelak ketawa daripada hadirin semua.

Giliran Zainal Hisham untuk berucap. Bagaikan orang politik, Zainal membayangkan hasrat dan harapan untuk membina semula ANSARA Seremban, mengukuhkan silatulrahim dan menguatkan perpaduan. Getting good practice for pilihanraya.

Selepas Majlis Tahlil, moreh ringkas disediakan di ruang legar Restoran Sri Bayu. Morehnya biasa sahaja, teh tarik, serta kueh-kueh manisan Melayu dan bingka ubi. Seperti dikatakan oleh Saudara Mohamad Zaini Saari (72), “the moreh was common but the company was exceptional”. Hadiran ber pecah kepada beberapa kumpulan… geng perokok buka meja jauh sedikit daripada meja Dato’ Jamal. Segan ataupun hormat kepada beliau, itulah alasan yang diberikan.

Saudara Ikmal Hisham Ismail (72) dilihat hebat membincangkan perihal politik tanahair bersama Dato’ Jamal. Perbincangan pasti hebat kerana Sdr Ikmal dan Dato’ Jamal berlainan pegangan dan pandangan politik. But it must have been good, as Ikmal was later heard to be agreeing to some of the points made by Dato’ Jamal, especially with regards to the Islamic approach to education.

Lewat jam 11.00 malam. Lampu ruang legar di Clubhouse sudah lama dipadamkan. Namun kedengaran satu kumpulan geng 72 berpakat hendak meneruskan perbualan di Mamak Sri Petaling. Lanbani jadi ketua… jawabnya terus bersahur le mereka tu.

Another year, another iftar.

I turn up for the Iftar for a personal reason. I love seeing old friends, and love seeing my formers teachers. These people matter to me. I don’t know if I can see them again next year. And for that reason I am not going to miss the opportunity given to me for another chance to laugh, reminisce and even to reflect on days gone by.

But this year it has been different. I met with friends from other batches, whom I might not have met in the normal course of events and plans.

To see old friends, even making new ones, or just reaffirming my friendship with the others who have turn up has made my night worthwhile. InsyaAllah, I will attend again next year. Yes, I tell myself, resolute.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 898 other followers